AKTIVITI SEMASA


           Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang telah menyempurnakan perjalanan program Seminar " Anda Bijak Jauhi Zina" Siri kedua Peringkat Daerah Kepala Batas. Program bermula  agak lewat setengah jam dari masa sepatutnya ekoran terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
 
             Seramai 80 orang peserta remaja dari luar dan dalam daerah Kepala Batas telah menyertai program  yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang. Di dalam tempoh tersebut para peserta didedahkan dengan maklumat isu zina dan kaedah penyelesaian secara terperinci oleh Special Trainer Dr.Azahar Yaakob dari Daraini Management Academy. Beliau juga merupakan suami kepada personaliti TV9 yang terkenal Ustazah Nor Hafizah Musa yang juga terlibat bersama menjayakan program tersebut.





































No comments:

Post a Comment